Tajuk: Mari Ikut Yesus
Mesej Utama: Kita mesti mengikut Yesus yang memimpin kita
1. Yesus datang ke dunia menjadi manusia untuk menyelamatkan kita daripada dosa dan kematian.
2. Kita mesti percaya kepada Yesus untuk diselamatkan.
3. 2000 tahun dahulu, ada orang-orang Majus (orang bijaksana) di Timur yang jauh dari Israel.
4. Mereka ialah orang bijak yang mengkaji bintang dan belajar tentang Mesias yang akan menyelamatkan manusia.
5. Suatu hari, mereka ternampak satu bintang yang sangat terang.
6. Bintang itu seolah-olah memanggil mereka untuk mengikutnya.
7. Jadi, orang Majus percaya bahawa bintang itu akan membawa mereka kepada Mesias, lalu mereka mula mengikutnya.
8. Kita juga mesti mengikut Yesus yang memimpin kita.
9. Kita boleh mengikut Yesus dengan percaya kepada-Nya dan taat kepada Firman Tuhan.
10. Mereka menyediakan tiga hadiah untuk dipersembahkan kepada Mesias.
11. Hadiah itu ialah emas, kemenyan, dan mur.
12. Mereka menunggang unta dan mengikut bintang itu pada waktu malam.
13. Pada waktu siang mereka berehat kerana tidak nampak bintang, dan hanya berjalan pada waktu malam.
14. Bintang itu memimpin orang Majus ke Yerusalem.
15. Tetapi di Yerusalem, mereka tidak dapat melihat bintang itu lagi.
16. Jadi, orang Majus bertanya kepada orang-orang di Yerusalem:
17. "Di manakah Raja orang Yahudi yang baru lahir? Kami nampak bintang-Nya di Timur dan datang untuk menyembah Dia."
18. Apabila orang-orang majus tiba di Yerusalem, Herodes sudah menjadi raja Israel.
19. Mendengar berita ini, Raja Herodes dan orang Yerusalem menjadi sangat risau.
20. Raja memanggil ketua imam dan ahli kitab lalu bertanya, "Di manakah Kristus akan dilahirkan?"
21. Mereka menjawab mengikut ramalan Alkitab, "Kristus akan lahir di Betlehem."
22. Kemudian, Raja Herodes memanggil orang Majus dan bertanya bila bintang itu muncul.
23. Raja Herodes menghantar mereka ke Betlehem dan berkata:
24. "Pergilah ke Betlehem dan cari Anak itu. Kalau sudah jumpa, beritahu saya. Saya pun mahu pergi menyembah Dia."
25. Orang Majus mendengar kata raja dan bertolak pada waktu malam. Tiba-tiba bintang itu muncul semula dan memimpin mereka!
26. Bintang itu bergerak di hadapan mereka dan berhenti tepat di atas tempat Anak Yesus berada.
27. Orang Majus sangat gembira lalu masuk ke dalam rumah itu.
28. Apabila masuk, mereka melihat Anak Yesus bersama ibu-Nya, Maria.
29. Mereka pun sujud dan menyembah Anak Yesus.
30. Mereka membuka peti harta dan mempersembahkan emas, kemenyan, dan mur kepada Anak Yesus.
31. Kita juga boleh memberi hadiah kepada Yesus.
32. Caranya ialah dengan percaya kepada Yesus dan taat kepada Firman Tuhan.
33. Orang Majus bercadang untuk memberitahu Raja Herodes tentang kelahiran Yesus.
34. Tetapi dalam mimpi, malaikat melarang mereka kembali kepada Herodes.
35. Kenapa Tuhan suruh orang Majus jangan jumpa Raja Herodes?
36. Sebab Raja Herodes mahu membunuh Yesus.
37. Membunuh orang lain ialah satu dosa.
38. Orang yang berbuat dosa akan dihukum oleh Tuhan.
39. Yesus datang ke dunia untuk mengampuni dosa kita.
40. Anak-anak, mesti percaya kepada Yesus supaya dosa kita diampuni.
41. Orang Majus taat kepada pesan itu dan pulang ke negeri mereka melalui jalan lain.
42. Kita mesti taat kepada Firman Tuhan sama seperti orang Majus itu.