|
|
제목: 다시 오실 예수님을 맞이할 준비를 하는 지혜로운 어린이!
본문: 마태복음 25: 1~13
요절: 마태복음 25:13절 "그런즉 깨어 있으라 너희는 그 날과 그 때를 알지 못하느니라."
1. 여러분, 혹시 밤에 깜깜한 길을 걸어본 적 있나요?
손전등도 없고, 핸드폰 불빛도 없이 깜깜한 밤길을 걸으려면 어떤가요?
무섭고 앞이 하나도 보이지 않겠지요?
2. 예수님이 사시던 시대의 유대 나라에는 아주 특별한 결혼식 풍습이 있었어요.
신랑이 신부의 집에 도착하면, 밤에 신랑을 맞이하기 위해 친구들이 밝은 등불을 들고 나가서 "신랑이 온다!" 하고 맞이하는 것이었어요.
3. 오늘 성경 말씀에는 신랑을 기다리는 열 명의 처녀(친구들) 이야기가 나와요.
과연 이 친구들에게 어떤 일이 일어났을까요?
열 명의 친구들은 모두 예쁜 등불을 들고 신랑을 기다리고 있었어요.
그런데 다섯 명은 아주 지혜로운 친구들이었고, 나머지 다섯 명은 어리석은 친구들이었어요.
왜 그랬을까요?
4. 지혜로운 다섯 친구는 "신랑이 밤늦게 올지도 몰라.
그러니까 등불에 넣을 기름을 병에 충분히 담아서 미리 준비해야지!" 하고 기름을 준비했어요.
5. 어리석은 다섯 친구는 "에이, 금방 오겠지 뭐! 기름을 따로 챙길 필요 없어!" 하고 등불만 딸랑 들고 나왔어요.
시간이 지나고 밤이 깊어지자, 신랑은 금방 오지 않았어요.
6. 친구들은 모두 졸리기 시작하더니 결국 쿨쿨 잠이 들고 말았어요.
7. 바로 그때! 밤 한가운데서 큰 소리가 들려왔어요!
"보라! 신랑이 왔다! 나와서 맞이하라!"
8. 친구들은 깜짝 놀라 일어나서 자기 등불을 정비하기 시작했어요.
그런데 어쩌죠?
9. 기름을 따로 준비하지 않은 미련한 다섯 친구의 등불이 '치직... 치직...' 하면서 꺼져가는 거예요!
미련한 친구들은 깜짝 놀라서 지혜로운 친구들에게 부탁했어요.
"얘들아, 우리 등불이 꺼져가고 있어! 너희 기름 좀 나누어 줄래?"
10. 하지만 지혜로운 친구들이 대답했어요.
"안 돼, 우리와 너희가 쓰기에 기름이 부족할지도 몰라. 지금 빨리 가게에 가서 너희가 쓸 기름을 사 오렴."
11. 미련한 친구들이 기름을 사러 허겁지겁 달려간 사이에, 신랑이 도착했어요!
미리 기름을 충분히 준비하고 기다렸던 지혜로운 다섯 친구는 신랑과 함께 즐거운 결혼 잔칫집으로 들어갔고, 문은 쾅! 하고 닫혀버렸어요.
12. 나중에 기름을 사 온 미련한 친구들이 와서 문을 두드렸어요.
"주여, 주여! 우리에게 문을 열어 주세요!"
하지만 안에서 어떤 소리가 들렸을까요?
13. "내가 진실로 너희에게 말하는데, 나는 너희를 알지 못한다."
결국 미련한 친구들은 즐겁고 행복한 결혼 잔치에 들어가지 못했어요.
14. 어린이 여러분,
이 이야기에서 '신랑'은 언제가 다시 오실 예수님을 의미해요.
그리고 '결혼 잔치'는 우리가 나중에 가게 될 아름다운 천국을 말해요.
15. 예수님은 십자가에서 우리의 죄를 위해 피 흘려 돌아가시고 부활하신 후, 하늘나라로 올라가셨어요.
그리고 우리에게 약속하셨어요.
"내가 다시 너희를 데리러 오겠다!"
16. 하지만 예수님이 언제 다시 오실지는 아무도 몰라요.
오늘 오실지, 내일 오실지, 아무도 알 수 없어요.
그렇다면 예수님을 기다리는 우리는 어떤 어린이가 되어야 할까요?
맞아요!
기름을 미리 준비한 지혜로운 어린이처럼, 예수님이 언제 오시더라도 기쁘게 만날 수 있도록 미리 준비하는 사람이 되어야 해요.
17. 가장 중요한 기름 준비는 바로 "예수님을 내 마음속에 구원자로 모시는 것"이에요.
"예수님, 제 죄를 용서해 주시고 내 마음속에 들어와 주세요" 하고 예수님을 믿을 때, 여러분은 하늘나라 잔치에 들어갈 자격을 얻게 돼요.
오늘 꼭 예수님을 여러분의 구원자로 믿으세요!
18. 예수님을 이미 믿은 친구들은 어떻게 등불의 기름을 준비할 수 있을까요?
첫째, 매일 기도와 말씀으로 하나님과 가까이 지내요.
19. 둘째, 예수님이 기뻐하시는 순종과 사랑을 생활 속에서 실천해요.
20. 셋째, 아직 예수님을 모르는 친구들에게 예수님을 전해요.
21. 언제 예수님이 오시더라도 "예수님, 보고 싶었어요!" 하고 기쁘게 나아갈 수 있도록 날마다 믿음의 기름을 채우는 어린이가 되어야 해요.
다 함께 두 손을 모으고 눈을 감고 기도해 볼까요?
사랑의 하나님,
예수님이 언젠가 꼭 다시 오신다는 약속을 믿습니다.
우리는 기름을 준비하지 못해 잔치에 들어가지 못한 미련한 사람이 되지 않게 해 주세요.
매일 기도하고 말씀대로 순종하여 예수님을 맞을 준비를 하는 지혜로운 어린이가 되게 해주세요.
오늘 하루도 우리 마음속에 예수님의 사랑과 믿음의 기름이 넘쳐나게 도와주세요.
예수님의 이름으로 기도합니다.
아멘!
Tajuk: "Kanak-kanak yang Bersedia Menyambut Kedatangan Semula Yesus"
Bacaan: Injil Matius 25: 1~13
Ayat Hafalan: “Oleh itu, berjaga-jagalah, kerana kamu tidak tahu hari dan waktunya.” (Matius 25:13)
1. Kawan-kawan, pernahkah kamu berjalan di jalan yang sangat gelap pada waktu malam? Tanpa lampu suluh atau cahaya telefon bimbit, bagaimana rasanya berjalan di jalan yang gelap gelita? Mesti takut dan tak nampak apa-apa pun, kan?
2. Pada zaman dahulu di negeri Yahudi tempat Yesus tinggal, ada satu adat perkahwinan yang istimewa. Apabila pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan, kawan-kawan akan keluar membawa pelita yang bernyala untuk menyambutnya sambil menjerit, "Pengantin lelaki sudah datang!"
3. Cerita dalam Alkitab hari ini adalah tentang sepuluh orang anak gadis (kawan-kawan) yang menunggu pengantin lelaki. Agaknya, apa yang berlaku kepada mereka? Kesemua sepuluh kawan ini memegang pelita yang cantik dan menunggu pengantin lelaki. Tetapi, lima orang sangat bijak, manakala lima orang lagi kurang bijak. Kenapa ya?
4. Lima kawan yang bijak berfikir, "Pengantin lelaki mungkin datang lewat malam. Jadi, kita mesti sediakan minyak tambahan dalam botol siap-siap!" Lalu mereka pun menyediakan minyaknya.
5. Lima kawan yang kurang bijak pula berkata, "Ah, dia datang cepatlah nanti! Tak perlulah bawa minyak lebih-lebih!" Mereka hanya membawa pelita sahaja. Masa berlalu dan malam semakin lewat, tetapi pengantin lelaki tidak juga datang.
6. Kesemua kawan itu mula mengantuk dan akhirnya tertidur nyenyak.
7. Tiba-tiba! Pada tengah malam, kedengaran satu suara yang kuat! "Lihatlah! Pengantin lelaki sudah datang! Keluarlah untuk menyambutnya!"
8. Kawan-kawan itu terkejut lalu bangun untuk merapikan pelita mereka. Tetapi, alangkah terkejutnya mereka...
9. Pelita lima kawan bodoh yang tidak menyediakan minyak mula terpadam sambil berbunyi 'kedip... kedip...'! Kawan-kawan yang bodoh itu terkejut lalu merayu kepada kawan-kawan yang bijak, "Kawan-kawan, pelita kami nak padam! Bolehkah kamu kongsi minyak dengan kami?"
10.Tetapi kawan-kawan yang bijak menjawab, "Tidak boleh, nanti minyak tidak cukup untuk kita semua. Pergilah cepat ke kedai dan beli minyak untuk kamu sendiri."
11.Semasa kawan-kawan bodoh itu berlari tergesa-gesa pergi membeli minyak, pengantin lelaki pun tiba! Lima kawan bijak yang sudah cukup menyediakan minyak masuk ke dalam majlis perkahwinan bersama pengantin lelaki, dan pintu pun ditutup dengan kuat!
12.Selepas itu, kawan-kawan bodoh yang sudah beli minyak tadi datang dan mengetuk pintu. "Tuan, Tuan! Tolong buka pintu untuk kami!"
13.Tetapi apakah jawapan yang kedengaran dari dalam? "Sesungguhnya Aku berkata kepada kamu, Aku tidak mengenali kamu." Akhirnya, kawan-kawan yang bodoh itu tidak dapat masuk ke dalam majlis perkahwinan yang gembira dan bahagia itu.
14.Kawan-kawan yang budiman, dalam cerita ini, 'pengantin lelaki' bermaksud Yesus yang akan datang semula nanti. Dan 'majlis perkahwinan' bermaksud syurga yang indah yang akan kita pergi kelak.
15.Yesus mati di kayu salib untuk mengampuni dosa kita, bangkit semula, dan naik ke syurga. Dan Dia berjanji kepada kita, "Aku akan datang kembali untuk mengambil kamu!"
16.Tetapi tiada siapa yang tahu bila Yesus akan datang semula. Sama ada hari ini atau esok, tiada siapa yang tahu. Jadi, sebagai anak-anak yang menantikan Yesus, kita patut menjadi anak yang bagaimana? Betul! Seperti anak bijak yang menyediakan minyak lebih awal, kita mesti bersedia supaya kita gembira apabila bertemu Yesus pada bila-bila masa.
17.Persediaan minyak yang paling penting ialah "menyambut Yesus sebagai Juruselamat di dalam hati kita". Apabila kamu percaya kepada Yesus dengan berdoa, "Yesus, ampunilah dosa saya dan masuklah ke dalam hati saya," kamu layak masuk ke majlis syurga. Pastikan kamu percaya kepada Yesus sebagai Juruselamat kamu hari ini!
18.Bagaimana pula dengan kawan-kawan yang sudah percaya kepada Yesus untuk mengisi minyak pelita mereka? Pertama, sentiasa dekat dengan Tuhan setiap hari melalui doa dan membaca firman Tuhan.
19.Kedua, mengamalkan sikap taat dan kasih sayang yang disenangi oleh Yesus dalam kehidupan seharian.
20.Ketiga, memberitahu tentang Yesus kepada kawan-kawan yang belum mengenali-Nya.
21.Kita harus menjadi anak-anak yang sentiasa mengisi minyak iman setiap hari, supaya pada bila-bila masa Yesus datang, kita boleh menyambut-Nya dengan gembira sambil berkata, "Yesus, saya rindu pada Engkau!"
Mari kita sama-sama menadah tangan dan menutup mata.
Tuhan yang penyayang, Kami percaya dengan janji bahawa Yesus pasti akan datang semula.
Tolonglah kami agar tidak menjadi orang bodoh yang tidak menyediakan minyak sehingga tidak dapat masuk ke majlis keraian.
Jadikanlah kami anak-anak bijak yang sentiasa berdoa, taat pada firman Tuhan, dan bersedia menyambut kedatangan Yesus.
Bantulah kami supaya hari ini pun hati kami sentiasa dipenuhi dengan kasih Yesus dan minyak iman.
Kami berdoa di dalam nama Yesus.
Amin!
|
|
