Tajuk: Semasa Yesus Berumur 12 Tahun
1. Hari ini, saya akan kongsikan firman Tuhan yang bertajuk “Semasa Yesus Berumur 12 Tahun.”
2. Yesus, Yusuf, dan Maria pernah melarikan diri ke Mesir.
Selepas Raja Herodes meninggal dunia, mereka pun balik semula ke Nazaret di Galilea.
3. Rahmat Tuhan sentiasa bersama Yesus.
Dia semakin membesar, menjadi semakin kuat dan penuh dengan hikmat.
4. Apabila Yesus berumur 12 tahun, mereka pergi ke Yerusalem untuk menyambut Perayaan Paskah, seperti kebiasaan mereka.
5. Perayaan Paskah ialah hari raya orang Yahudi.
Mereka beribadah di Bait Suci di Yerusalem untuk mengingati bagaimana Tuhan menyelamatkan nenek moyang mereka yang menjadi hamba di Mesir.
6. Selepas perayaan itu tamat, Yusuf dan Maria pun pulang ke rumah.
Tetapi, mereka tidak perasan bahawa Yesus tidak ada bersama mereka.
7. “Eh! Mana Yesus kita pergi?”
8. Yusuf dan Maria sangat risau dan mula mencari Yesus.
9. “Ada nampak Yesus kami tak?”
10.Maria dan Yusuf bertanya kepada orang ramai.
11.Sebab tidak jumpa Yesus, Maria dan Yusuf pun patah balik semula ke Bait Suci di Yerusalem.
12.Selepas tiga hari, barulah Maria dan Yusuf menjumpai Yesus di dalam Bait Suci.
13.Rupa-rupanya, Yesus sedang duduk di situ, belajar firman Tuhan bersama guru-guru agama.
14.Semua orang yang mendengar percakapan Yesus berasa sangat kagum dengan kebijaksanaan dan jawapan-Nya.
15.Ibu-Nya, Maria berkata:
16.“Anakku, kenapa buat kami begini?”
17.“Kami sangat risau mencari Kamu merata-rata...”
18.Yesus pun menjawab, “Kenapa ayah dan ibu mencari Saya?”
19.“Tidakkah kamu tahu Saya mesti berada di rumah Bapa Saya?”
20.Selepas kejadian ini, Yesus pulang ke Nazaret bersama ibu bapa-Nya.
21.Dan Dia sangat taat kepada mereka.
22.Yesus semakin bertambah hikmat dan besar-Nya, serta disayangi oleh Tuhan dan manusia.
23.Kawan-kawan, walaupun Yesus Anak Tuhan, Dia sentiasa rendah diri, mendengar cakap ibu bapa, dan membesar dengan kuat serta bijak.
24.Tetapi, semasa Yesus berumur 12 tahun dan pergi ke Bait Suci, Dia terlupa hendak balik rumah sebab Dia terus tinggal di sana.
25.Ini kerana Dia berasa sangat seronok belajar firman Tuhan dengan guru-guru sampai terlupa hendak balik.
26.Sejak kecil, Yesus sudah tahu bahawa Dia ialah Anak Tuhan.
Namun, Dia tetap rendah diri, beribadah kepada Tuhan, dan belajar firman-Nya.
27.Ini kerana rahmat Tuhan sentiasa bersama Yesus.
28.Saya berdoa supaya rahmat Tuhan juga sentiasa bersama kawan-kawan semua.
29.Jika Tuhan memberi rahmat kepada kita, tubuh dan hati kita akan membesar dengan sihat dan kuat.
30.Jadilah seperti Yesus yang taat kepada ibu bapa, rajin beribadah, dan paling penting, menjadi kanak-kanak yang cintakan firman Tuhan.
31.Saya memberkati kamu semua dalam nama Yesus, supaya kamu membesar dengan bijak, disayangi oleh Tuhan dan orang ramai, serta pandai berkasih sayang dengan kawan-kawan lain.
Mari Kita Berdoa
Ya Tuhan Bapa kami,
Walaupun Yesus adalah Anak Tuhan,
Dia tetap taat kepada ibu bapa-Nya
dan membesar menjadi anak yang kuat dan bijak.
Yesus sangat mencintai firman Tuhan dan disayangi oleh Tuhan serta orang ramai sejak Dia kecil lagi.
Ya Tuhan, berikanlah kami rahmat-Mu dengan melimpah.
Tolonglah kami supaya semakin bijak dan membesar dengan kuat.
Kami sangat rindu untuk beribadah dan belajar firman Tuhan di gereja bersama guru dan kawan-kawan.
Jadikanlah kami anak-anak yang disayangi Tuhan dan orang ramai, serta anak-anak yang pandai memberi kasih sayang kepada orang lain.
Dalam nama Yesus kami berdoa.
Amin.
Masa untuk Kuiz! (퀴즈 시간!)
“Sekarang, kita akan ada masa kuiz! Sesiapa yang tahu jawapannya, cepat-cepat angkat tangan ya!” (자, 이제부터 우리는 퀴즈 시간을 가질 거예요. 만약에 여러분 중에 아는 사람이 있다면 빨리 손을 들어 주세요.)
“Mari kita mula. Dengar betul-betul ya.” (퀴즈를 시작합니다. 잘 들어 보세요.)
Soalan Kuiz (퀴즈 문제)
1. Dalam cerita hari ini, berapakah umur Yesus? (오늘 이야기는 예수님의 나이가 몇 살일 때 일어난 일인가요?)
Jawapan: 12 tahun (답: 12살)
2. Bila Yesus, Yusuf, dan Maria balik semula ke Nazaret selepas melarikan diri ke Mesir? (예수님과 요셉과 마리아가 이집트로 피난을 갔다가 언제 나사렛으로 돌아왔나요?)
Jawapan: Selepas Raja Herodes meninggal dunia (답: 헤롯 왕이 죽은 후에)
3. Ke mana Yesus pergi semasa berumur 12 tahun untuk sambut perayaan Paskah? (예수님께서 열두 살이 되었을 때에 유월절에 어디로 갔나요?)
Jawapan: Yerusalem (답: 예루살렘)
4. Selepas perayaan Paskah tamat, Yesus tidak ikut balik ke Nazaret. Jadi, Dia tinggal di mana? (예수님은 유월절이 끝난 후에 나사렛으로 돌아가지 않고 어디에 머물렀나요?)
Jawapan: Di dalam Bait Suci (Yerusalem) (답: 예루살렘 성전)
5. Yusuf dan Maria perasan Yesus tidak ada bersama mereka. Mereka patah balik ke mana untuk cari Yesus? (나사렛으로 돌아가던 요셉과 마리아는 예수님께서 그들과 함께 있지 않다는 것을 알았어요. 그들이 예수님을 찾으려고 어디로 돌아갔나요?)
Jawapan: Patah balik ke Bait Suci (답: 예루살렘 성전으로)
6. Di mana Yusuf dan Maria menjumpai Yesus? (요셉과 마리아는 어디에서 예수님을 발견했나요?)
Jawapan: Di dalam Bait Suci (답: 성전에서)
7. Masa Yusuf dan Maria jumpa Yesus di Bait Suci, Yesus tengah buat apa? (요셉과 마리아가 예루살렘 성전에서 예수님을 발견했을 때 예수님은 무엇을 하고 계셨나요?)
Jawapan: Sedang belajar firman Tuhan (답: 하나님의 말씀을 공부하고 있었어요.)
8. Apabila Yesus balik ke Nazaret, apa yang Dia buat kepada ibu bapa-Nya? (예수님은 나사렛으로 돌아가 부모님께 어떻게 했나요?)
Jawapan: Yesus taat (dengar cakap) kepada mereka (답: 순종했어요.)
9. Yesus dapat apa daripada Tuhan dan orang ramai? (예수님은 하나님과 사람들로부터 무엇을 받으셨나요?)
Jawapan: Kasih sayang (답: 사랑)